Khamis, 22 November 2007

Pengenalan


Penubuhan KemowTa

Kemowta
ialah singkatan nama daripada Kelab Motorsikal Wilayah Tawau dan merupakan sebuah kelab pemilik motosikal 150 cc kebawah terutamanya Yamaha TZM.


Kemowta ini telah ditubuhkan pada 01 November 2007 di Tawau, Sabah pada mulanya dan kini ... . Kemowta telah menular ke daerah Kunak dan lahad datu... .

Tujuan kelab ini ditubuhkan adalah untuk mendidik remaja dan belia-belia hari ini dari melakukan kesalahan jalanraya dan jenayah seperti lumba haram, pengambilan dadah dan alkohol, bergaduh dan bermacam-macam perkara yang tidak bermoral, tidak berfaedah yang boleh merosakkan akhlak remaja dan belia pada masa kini.... .

Dengan penubuhan kelab ini, ahli-ahli dapat membantu serta menyedarkan remaja dan belia tentang perkara-perkara negatif , yang tidak berfaedah serta mengamalkan cara hidup yang sihat, bersih dan bertanggungjawab pada diri, keluarga, bangsa dan negara yang tercinta... .

Presiden Kemowta, MOHD FAIZAL BIN ISMAIL atau lebih dikenali sebagai Boy telah banyak mengadakan program-program di dalam kelab ini, antaranya ialah mengadakan Konvoi Sempena Hari RELA , konvoi merdeka , Berkonvoi ke Daerah Lahad datu , menyertai program-program yang dianjurkan oleh sukan bermotor dll.... .

Sebarang pertanyaan , sila hubungi Presiden Kemowta di talian 016-8267530 atau email : Boy_kemowta@yahoo.com..... .


" JAUHI DADAH , HINDARI REMPIT "
daripada Kemowta [ Kelab Motor Wilayah Tawau]

3 ulasan:

thrasher115 berkata...

assalamualaikum bro..salam mesra dari kakimoto dotcom

portal forum untuk bikers borneo,saya sebagai admin dari forum tersebut menjemput saudara dan rakan rakan untuk join bersama dalam forum bersama bikers bikers lain

www.kakimotodotcom.tk

Deanz berkata...

ok kemowta akan support walaupun apa terjadi as long as we are bikers.. :)~

tawau berkata...

KEEP ROCK!! tawau...
... ada masa... vroOOMM lah di..
http://tawauclassic-bike.blogspot.com/2008/08/borang-keahlian-kelab-motorsikal-klasik.html