Khamis, 22 November 2007

Ucapan Pengerusi


Assalamualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah, tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas Rasullullah junjungan mulia.

Ucapan tahniah dan penghargaan di atas kewujudan laman web Kelab Motorsikal WilayahTawau . Semoga dengan adanya laman ini, segala informasi tentang aktiviti kelab dan ahli dapat disebarkan dengan lebih pantas dan cekap.

Juga ucapan syabas kepada Ahli-ahli Jawatankuasa dan ahli-ahli yang menyertai kelab ini. Ucapan selamat datang kepada ahli-ahli bersekutu samada di dalam mahupun di luar negara.

Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan kelab ini. Semoga penyertaan aktif daripada anda semua akan menjadi lebih memberangsangkan dan memberi sumbangan yang baik pada kelab.

Kepada semua Ahli Jawatankuasa Tertinggi serta Ahli Jawatankuasa, terima kasih kerana memberikan komitmen sepenuhnya dalam mengusahakan dan melaksanakan untuk menubuhkan kelab ini. Untuk makluman kepada semua ahli, kebanyakkan aktiviti-aktiviti kelab diamanahkan kepada Ahli Jawatankuasa dan Marshall. Ini adalah disebabkan mereka ini adalah bakal-bakal pemimpin yang akan memimpin kelab ini sehingga mencapai objektif Bersatu, Berhemah, Berbakti.

Berkenaan dengan status pendaftaran kelab, semua ahli diminta usah gusar. Ini adalah kerana Ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi sedang bertungkus-lumus menguruskan perkara ini, walaupun masing-masing mempunyai tanggungjawab yang lain.



Sekian, terima kasih.


MOHD FAIZAL BIN ISMAIL

Presiden Kelab Motorsikal Wilayah Tawau


Tiada ulasan: